Wednesday, September 10, 2008
Tuesday, September 9, 2008
Monday, September 8, 2008
PUDDING MARBLE


Puding Belang (BBatriesya)
10 gm serbuk agar-agar
200 gm gula castor
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung(sy pakai tepung custard)
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko bancuh dengan air panas
Sedikit pewarna kuning
Cara
Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
Telur dipukul, campurkan dengan tepung jagung, susu cair dan pukul sebati.
Masukkan ke dalam adunan agar2 tadi
Masukkan butter dan biar mendidih. Tutup api dan bahagi dua.
Satu bahagian diletakkan warna kuning, dan satu lagi warna koko.
Cara melapis & membentuk terserah masing2.
Sejukkan dan hidangkan.
CHOCOLATE CHIPS COOKIES

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP (HANIELIZA)
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
Sunday, May 11, 2008
Assalamualaikum
sy mengucapkan terimakasih pada kawan2 yg telah memberi kata perangsang dan ucapan takziah. alhamdulillah, ibu sy dah mulai membaik. buat masa kini, beliau masih menjalani terapi di hospital. sy minta maaf sebab buat masa sekarang ni sy tidak berkesempatan untuk updatekan blog ini. terimakasih semua kerana masih sudi mengunjungi blog ini. sy juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)






