Thursday, October 16, 2008
CHOCOLATE MINT CUPCAKES
KEK COKELAT PUDINA[dari kotak tepung BLUEKEY]
tepung bersebuk penaik 'bluekey' 200g
mentega 230g
gula castor 220g
telur 5 biji [besar sederhana]
perasa vanilla 1/2 sudu teh
serbuk koko 30g
susu 50g
perwarna hijau secukupnya
perasa pudina [peppermint] 1 1/2 sudu teh
HIASAN
coklat untuk masakan 150g
cream segar 90g [1/3 cawan]
mentega 30g [2 sudu makan]
Madu 15g [2 sudu makan]
CARA-CARA
1.Panaskan oven pada suhu 180 degrees
2.Lapik dengan kertas minyak disekeliling acuan kek yang berbentuk bulat berukuran 20cm (8 in)
3.Kisar tepung berserbuk penaik 'Blue Key' yang telah diayak bersama mentega/marjerin supaya menjadi pes yang lembut.
4.Pukul telur dan gula sehingga kembang dan masukkan perasa vanila.Kemudian,dengan perlahan-lahan tuangkan aduan ini ke dalam pes tadi sambil dikacau hinggga menjadi lembut dan sebati.
5.Bahagikan aduan yang dipukul itu kepada dua bahagian.Campurkan serbuk koko dan susu kepada salah satu bahagian adunan.Kisar sehingga lembut.Kemudian,masukkan pewarna hijau dan perasa pudina ke dalam bahagian yang satu lagi.
6.Tuangkan kedua-dua bahagian silih berganti ke dalam acuan pembakar.
7.Masukkan ke dalam oven selama 45 hingga 50 minit.
8.Untuk menyediakan hiasan,masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan direndam air panas (atau gunakan kukus).kacau bahan-bahan itu perlahan-lahan selama 5-10 minit sehingga cair dan licin.Hiaskan bahagian atas dan di tepi kek dengan coklat yang panas itu.
NOTES : saya taburkan chocolate chips pada cupcakes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment