Friday, March 14, 2008
PELBAGAI MEE
MEE BANDUNG(LindaZA)
Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1 labu bawang besar
2 ulas bwg putih
2 genggam udang geragau
cili kering (blend) atau cili serbuk
cili sos - 3 sudu besar
gula
garam
telur sebutir (kacau sedikit)
udang basah
sayur sawi
Cara-cara :
1.Tumbuk bawang-bawang dengan udang geragau.
2.Panaskan minyak. Tumis hingga garing.
3.Masukkan cili mesin dan sos cili.
4.Masak hingga naik bau.
5.Masukkan air ikut la kepekatan nak banyak mana.
6.Selepas itu masukkan telur, udang basah, garam dan gula.
7.Akhir sekali masukkan mee dan sayur. Tutup api. Jangan lama nanti sayur layu.
resepi ni sy ambil disini
MEE REBUS(EMAK)
bahan2nya:
mee kuning[celur]
bawang besar 2 biji[kisar]
bawang putih 4 ulas[kisar]
rempah kari 2 sudu besar
taucu 1 sudu besar[ di lecek]
kerisik 1 sudu besar
kacang tanah goreng 3/4 cawan[kisar]
udang gragau kering 25 gm.
tetel rebus 200gm
kentang 3 biji[rebus lepas tu kisar..klu nak pakai kledek pun blh]
1 cube ikan bilis maggi[klu suka]
tomato 2 biji [belah 4]
gula,garam secukup rasa
minyak [untk menumis]
bahan taburan atasnya:
lada hijau [hiris]
daun sup/bawang
tauhu goreng dadu
bawang goreng
taugeh[di celur]
limau kasturi
telur rebus
cara2nya:
panaskan minyak...satukan bawang, bawang putih dgn rempah kari...lepas tu tumis bahan2an tadi hingga naik minyak...masukan taucu..kacau rata...kemudian masukan daging tetel...kacau lagi...lepas tu masukan kerisik dengan kentang kisar ...tambahkan air[kepekatanya ikut suka]...biar mendidih ...kacau slu takut bawah berkerak...lepas tu masukan kacang..akhir sekali masukan tomato...didihkan skejap, tutup api.
cara menghidang :
mee di taruk dlm pinggan, letak taugeh...siram kuah...tabur bahan2 lain kat atas mee..klu suka blh, taruk kicap manis sikit kat atas mee.
notes : ni mak sy punya resepi...resepi ni slu sy wat main campak2 je ...jadi ukuran diatas tu blh mengikut kesukaan anda...mee rebus ni rasa dia manis2 sikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment