Sunday, March 30, 2008

TIRAMISU

ni tiramisu sy wat untuk suami sy...pagi2 dah sarapan tiramisu...jngn sakit perut sudah hehehe...tiramisu ni dia nya fav....hari ni, dia nya hari lahir..'HAPPY 44TH BIRTHDAY AYAH'...semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati allah..amin.




ni bahan untuk membuat tiramisu.

TIRAMISU(Hanieliza)

Bahan A
24 keping biskut tiramisu (klu tak de blh pakai kek apollo perisa kopi)
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (sy pakai 1 tub kecil 150g)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko(sy pakai chocolate block parut)

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendidih (sy ganti dgn gelatin 1s/b larut dlm air panas)

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafe.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

resepi ni sy ambil di http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=158627&extra=&page=55

No comments: