Monday, March 31, 2008

BUTTER ROLLS

roti2 ni sy wat semalam untuk sarapan pagi...
nak wat roti ni mudah je..mula2 rollkan dough dlm bentuk bulat besar...sapu butter atas dough ...lepas tu potong2 hingga ke beberapa bahagian seperti gambar di bawah ini.


lepas tu gulung...kat ujung tu cubit sikit klu tak nanti gulungan terbuka...klu nak letak sausage pun blh..klu tak plain aje.

biarkan 1 satu jam...sebelum bakar sy sapu susu...yg ada bijan tu inti sauge..yg plain tu kosong je.
lepas masak sapu butter...sejukan atas rack.

notes : sebaik je roti sejuk seal dlm plastik atau simpan dalam bekas kedap udara...semua roti memang tak blh dibiarkan kat udara terlalu lama...nanti jadi keras.. roti ni sy wat setengah adunan saja...resepi chef Rohaya.

SHEPHERD PIE

ni shepherd pie untuk budak2 bawak bekal sekolah...kat atas pie tu sy pipekan mayo dgn cili sos...maklum tekak org melayu, nak rasa pedas sikit.


cara nak wat pie ni blh lihat disini http://www.videojug.com/film/how-to-make-shepherds-pie

Sunday, March 30, 2008

TIRAMISU

ni tiramisu sy wat untuk suami sy...pagi2 dah sarapan tiramisu...jngn sakit perut sudah hehehe...tiramisu ni dia nya fav....hari ni, dia nya hari lahir..'HAPPY 44TH BIRTHDAY AYAH'...semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati allah..amin.




ni bahan untuk membuat tiramisu.

TIRAMISU(Hanieliza)

Bahan A
24 keping biskut tiramisu (klu tak de blh pakai kek apollo perisa kopi)
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (sy pakai 1 tub kecil 150g)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air ]
1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko(sy pakai chocolate block parut)

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendidih (sy ganti dgn gelatin 1s/b larut dlm air panas)

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafe.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

resepi ni sy ambil di http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=158627&extra=&page=55

Saturday, March 29, 2008

MEE SIAM

ni menu hari ni...mee siam.

ni kuah mee siam..apabila nak makan sira kuah atas mee.

Friday, March 28, 2008

ROTI CHICKEN NUGGET

ni roti chicken nugget yg smlm sy wat...chicken nugget ni sebenarnya budak2nya bekal sklah yg tertinggal...mula2 tu merunggut jugak ibu dia..apa ke tidak ...pagi2 buta bangun gorengkan nugget tertinggal lak...sambil bising2 tu mulalah menguli...slmt leh wat inti roti...sejuk sikit hati ibu dia hehehe...tapi ada hikmah...klu tidak, tak terpikir pun nak wat roti ni...alang2 dah wat roti ambil gambar sekali...resepi chef Rohaya gak...sy suka pakai resepi ni sbb dah msuk otak hehehe...malas nak tukar2 resepi...jadi sdp ke, lembut ke...maaf ye, sy tak leh jawab...kena cuba sendiri baru tahu hehe...tapi try at ur own risk tau!!!
masukkan nugget dlm dough...nugget tu kena goreng dulu ye.

lepas roti naik sy sapu air susu (susu tepung campur air panas sikit, biar pekat sikit)...kemudian letak cheese slice atas roti.
lepas bakar sapu butter.

Thursday, March 27, 2008

CHOCOLATE ROLLS

ni roti chocolate rolls...pembuatanya sama mcm cinnamon rolls cuma ganti dgn chocolate...blh pakai mana2 resepi asas roti yg anda suka.


sy sapu chocolate, taburkan kacang walnut panggang dan chocolate chips...gulung.

potong2...pakai gunting lebih mudah.

naikkan satu jam...seblum bakar sy sapu susu(blh juga sapu telur) ....kemudian taburkan badam.

Wednesday, March 26, 2008

IKAN KUNG PAO

ni kung pao ikan...resepi asal pakai ayam.



IKAN KUNG PAO (KUNG PAO CHICKEN)
Sumber: Cranko21

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu (800gm ikan dory, potong2)
tepung jagung
garam
kunyit serbuk sikit(sy tambah)
Isi ayam(ikan) disalutkan sedikit garam, kunyit dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak (sy pakai roasted chestnut)
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang(pakai lada idup)
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.

JALAN2 CARI MAKAN (JB)

ni RESTAURANT SAYED...terletak di taman perling....sdp2 makanan kat sini.

ni nasi campur

ni nasi beriani ayam

ni nasi beriani kambing

Monday, March 24, 2008

ALA2 MEXICAN BUN

ni roti tak tahu nak panggil apa...dari segi pembuatannya sama mcm mexican bun..cuma intinya ada diluar roti...sy gunakan resepi chef Rohaya...blh juga pakai mana2 asas roti yg anda suka.

naikkan dulu roti ...kemudian snipkan dgn gunting di tengah roti lalu dipipekan dengan strawberry dan blueberry topping...kemudian kelilingnya pipekan vanilla topping (sama mcm mexican bun topping, cuma tak ltk perasa kopi...sy gantikan dgn vanilla essen)...lepas tu terus bakar dlm oven.

notes : klu blh toppingnya biar pekat..klu tidak toppingnya akan meleleh seperti gambar roti blueberry.

Sunday, March 23, 2008

HOMEMADE NOODLES

ni sebenarnya mee kuning...tapi sy tak ltk pewarna...pucat lesi...konon2 nak wat healthy meelah hehe.

ni mee sup biasa pakai homemade noodles...gambar blur sikit..sbb masa amik gambar..mi ni masih berasap2.

Saturday, March 22, 2008

CINNAMON ROLLS

ni roti cinnamon rolls..di bawah ini sy ada ambil gambar step by step mcm mana nak wat roti ini...resepi chef Rohaya.

pertama roll adunan dough..sapu inti(butter+soft brown sugar+serbuk kayu manis gaul rata)...klu suka blh ltk mix dried fruits...atau plain je pun blh.

gulung...kat ujung skli...cubit dough betul2...klu tak apabila dia kembang nanti, gulungan terbuka.

potong2...tutup dengan plastik dan naikkan selama 1 jam...atau hingga double size dia...kemudian spray air baru bakar.

apabila masak blhlah di sapu butter atas roti...dan drizzlekan glaze icing(icing sugar+air panas sikit gaul)...klu nak ltk cream cheese frosting pun blh...ni kat bawah resepi cream cheese frosting.

CREAM CHEESE FROSTING(ALLRECIPES)

1/2 (8 ounce) package cream cheese, softened
1/4 cup butter, softened
1 cup confectioners' sugar
1/2 teaspoon vanilla extract
1 1/2 teaspoons milk

While rolls bake, stir together cream cheese, softened butter, confectioners' sugar, vanilla and milk. Remove rolls from oven and top with frosting.

Friday, March 21, 2008

ROTI2

ni roti2 baru saja sy buat...roti coklat dengan cheesestick...resepi chef Rohaya.


JALAN2 CARI MAKAN (JB)

tempat makan ni terletak di Hutan bandar jb..ini nama kedai makan ni atap belian .
ni kedai yg sy pergi.

ni mee rebus tulang..harga dia RM6...dapat 2 ketul tulang.. sdp dan uniklah mee rebus ni.
lain dari yg lain...sy suka.
ni mee goreng

ni nasi lemak

Thursday, March 20, 2008

BRAIDED BREAD


video ini menunjukkan salah satu cara mudah untuk membentuk bun.














ni roti bentuk braided yg pernah sy wat..atas roti tu sy paipkan blueberry dan strawberry topping,kemudian taburkan badam cincang atas topping.

Wednesday, March 19, 2008

PIZZA ROTI

roti lagi...sori ye kat blog sini memang banyak sngt roti dari yg lain2..kenapa?...sbb sy memang suka wat roti dari yg lain2..dah jadi macam hobby gitu..sebelum org jelak negok roti2 sy...sy bagi warning dulu..memang akan dtg more roti mari hehehe...ni roti2 yg tadi sy buat untk makan malam.
ni pizza curry tuna

ni pizza sausage



ni cheesestick

notes : semua roti2 ni sy gunakan resepi chef Rohayah jugak.

Tuesday, March 18, 2008

MENU HARINI



ni menu harini..nasik lemak, makan dengan sambal tumis petai, ikan selar goreng dan telur dadar...roti ni tadi baru wat...roti kaya dengan roti coklat...akhir2 ni malas sngat nak bentukan bun...jadi wat yg plain je.

Sunday, March 16, 2008

BISTIK KACANG PHOOL



BISTIK KACANG PHOOL
bahan2nya :
1. 1 tin kacang parang(foul medammas-buang air kisar halus)
2. 2 biji bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. sedikit halia
5. 1 1/2 sudu besar rempah bistik( sy pakai brand minah)
6. 2 sudu besar tomato sos
7. 1 biji tomato(dadu kecil2)
8. daging cincang 200gm
9. garam, gula secukup rasa(sy gunakan 1 cube rusuk maggi, klu dah ltk ni tak yah pakai garam)
10. air, minyak

bahan hiasan :
telur goreng mata lembu
bawang goreng
lada hijau hiris
limau kasturi
roti

caranya :
2,3,4,5 kisar... panaskan minyak tumis bahan2 kisar ...tumis hingga garing atau hingga keluar minyak...masukan daging cincang, kacau hingga daging masak...masukan tomato dadu, tomato sos, kacang parang kisar dan kacau slu...lepas tu masukan air sikit, klu pekat blh tambah air lagi...masukan garam,gula kacau lagi..apabila masak padam api...

cara menghidang :
ltk telur goreng atas bistik kacang phool...taburkan lada, bawang goreng, limau...apabila hendak makan blhlah diperahkan limau kasturi...bistik kacang phool ini di makan dengan roti biasa atau roti perancis.